CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 16 Mei 2008

Siapa pencuri??

BISKUT

Sebuah kisah di tempat menunggu pesawat terbang. Seorang wanita sedang menunggu waktu penerbangannya. Sementara menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu sambil membaca buku cerita.

Sedang makan, dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut diambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah tak malunya lelaki ni... dahlah tak mintak, makan sama banyak dengan aku pulak tu.. Pencuri!!" rungut hatinya. Dalam pada itu, lelaki tersebut dengan muka tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu.

Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki tersebut. Sambil tersenyum, lelaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun masih tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. Sambil merampas dengan rakus, dia menunjukkan mukanya yang masam mencuka seraya berbisik dalam hati, "Berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Pencuri besar!!".

Keduanya terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita tersebut sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari kejadian ngeri, wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila sampai di tempat duduknya, dia membuka beg kecilnya untuk mengambil sesuatu.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. "Jika biskut ni ada dalam beg aku, jadi bermakna biskut yang aku makan tadi....adalah kepunyaan lelaki itu. Betapa malunya dia di atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki tersebut telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun, hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini, wanita itu menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar....

0 comments: