Mimpi adalah mainan tidur, begitulah yang diungkapkan orang sesiapa sahaja apabila kita menceritakan mimpi kita kepada orang lain, bukan begitu.Ada juga yang mengatakan mimpi merupakan pancaran fikiran sewaktu tidur dan juga mimpi yang boleh dipercayai.
Bagaimanapun harus diingat bahawa keadaan psikologi turut dapat mempengaruhi mimpi.Selain itu kedudukan sewaktu tidur- mengiring, menelentang atau meniarap juga menggoda fikiran untuk melahirkan mimpi yang seronok atau sebaliknya.
Kerosakan jantung
Individu yang kerap mimpikan hantu, gergasi atau makhluk yang menakutkan seperti benda-benda panas seperti api, bara, asap atau cahaya membayangkan seseorang mengidap sakit jantung. Sementara itu bermimpikan suasana terang, lautan, laluan yang sukar atau perjalanan pula menunjukkan fungsi jantung kurang konsisten.
Kerosakan buah pinggang
Jika mimpi mengalami kepenatan, bermakna anda akan berhadapan dengan masalah sakit buah pinggang. Begitu juga jika seseorang itu mengalami mimpi berenang dan lemas.
Kerosakan pundi hempedu
Bermimpi melihat persembahan nyanyian, keramaian, muzik melambangkan hempedu gagal berfungsi dengan baik. Bagaimanapun jika anda mimpi dalam bahaya seperti berdepan dengan pertempuran, kemungkinan ia petanda hempedu tidak berfungsi dengan cukup baik.
Kerosakan hati
Individu yang bermimpi hutan tebal, gunung yang curam serta pokok-pokok menandakan hati tidak dapat berfungsi dengan baik. Sementara itu mimpi rumput, padang dan semak-samun pula kemungkinan menjelaskan hati telah rosak.
Kerosakan paru-paru
Mimpi bergaduh, terlibat dalam peperangan, pertempuran atau melihat senjata membayangkan paru-paru tidak berfungsi dengan cukup baik.Bagaimanapun anda yang mimpikan anak sungai atau mendengar deruan air terjun menandakan serangan anemia (kurang darah).Manakala mimpi tentang pembunuhan, tali gantung atau dicekik pula dikaitkan dengan asma (lelah).Sekiranya anda mimpikan bahagian wajah seseorang, ia melambangkan masa depan yang buruk. Tetapi jika wajah yang dimimpikan belum pernah ditemui, anda mungkin akan berpindah tempat tinggal ataupun mendapat peluang pekerjaan.
Hidung
Mimpikan hidung berdarah adalah petanda perniagaan akan musnah. Selain itu ia juga menunjukkan berlaku pelbagai masalah dalam keluarga. Seseorang juga digalak menangguhkan sebarang perjalanan jauh jika terlalu kerap mimpikan hidung berdarah, bagi mengelakkan aral yang datang.
Mata
Jika mimpi anda berkaitan dengan mata ia merupakan salah satu petanda baik. Apatah lagi apabila anda bermimpi sepasang mata orang yang tidak dikenali sedang mengintai anda. Tetapi jika mimpikan mata sendiri, berhati-hatilah dengan segala tindakan yang dilakukan kerana seseorang sedang berusaha untuk menjatuhkan anda.
Jari
Jika jari terluka, ini bermakna anda akan bertelagah dan bakal menghadapi masalah besar dengan rakan sekerja, pasangan atau ahli keluarga.
Kaki
Lain pula mimpi membasuh kaki. Keadaan itu menunjukkan anda akan diganggu dan bakal berhadapan dengan masalah.
112-113
Terdapat banyak hal yang berkait dengan mimpi sukar dibuktikan dan dijelaskan secara saintifik.Memang tidak dinafikan bahawa sesuatu yang dialami dalam mimpi memang merupakan perlakuan misteri yang sukar dijelaskan.Cuma yang dapat dibuktikan daripada kajian ialah setiap orang mengalami pelbagai bentuk mimpi.Ada yang indah,seronok,ngeri,takut ataupun gembira.Ada juga yang lebih teruk akan mengigau ataupun bangun berjalan ke sana ke mari tanpa sedar.
Mimpi adalah sesuatu yang unik.Banyak kajian dilakukan bagi mencari jawapan bagaimana sesuatu mimpi itu berlaku.Namun sehingga kini tiada siapa tahu apakah yang mendorong seseorang itu mendapat mimpi.
Biasanya cerita gembira atau angan-angan pada waktu siang akan terbawa-bawa hingga ke malam.Dan sewaktu tidur ,ia muncul sebagai mimpi.Bagaimana pun ada mimpi berbentuk fantasi seperti mimpikan zaman kanak-kanak,mimpi menjadi angkasawan atau berada di dunia lain.
Terdapat juga masyarakat yang amat mempercayai mimpi sehingga mendorong mereka mentafsirkannya dengan pelbagai andaian.
Mimpi gigi tercabut
Mimpi gigi tercabut ketika tidur membawa maksud bahawa ada orang atau saudara yang terdekat dengan kita akan meninggal dunia
Mimpi melihat ular
Mimpi berjumpa atau bertemu dengan ular membawa maksud bahawa kita akan bertemu jodoh dengan pasangan yang sesuai.
Yang jelas sehingga kini tiada saintis yang dapat memberikan jawapan- adakah mimpi itu suatu realiti ataupun fantasi?

0 comments:
Catat Ulasan