CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 10 Oktober 2009

bas......bas.........tunggu jap lah

Event Part 6 Meskom UiTM Lendu

New Hobby(Orang Lidi Bercerita)

Ahad, 5 Oktober 2008

My Adik Beradikz!!!




HAHAHa..
nielah die anak2 Encik Amami..

Yg purple tuh aku lah(anak first)







yg pink nie second(ameer nme nyer atau owg pggil die angah,tpi aku pggil die apekzz..hahahha)








yg sbelah nie(amman,adik aku yg ketiga,aku pggil die botak)






saje jer nk upload gmbar adik2 aku...

Ouchhh!!Luahan seorang wanita pasal lelaki...

Lelaki ini menyusahkan!!!!

kenapalah byk sgt dugaan dalam hidup aku ni???aku x tahu kenapa aku selalu sahaja terima mcm2 dugaan dan halangandalam diri ini...mungkin ini satu ujian dari Allah..tetapi aku redha dan terima sahaja..hari ini hati aku semakin benci kepada lelaki...entah la..lelaki susah nak percaya..aku selalu dilukai oleh insan yg bernamalelaki ni...aku x dihargai langsung...susah payah aku curahkanrasa syng aku kepadanya..tetapi ini yang aku terima???aku kecewa sgt2 dgn sesetengah insan yg bernama lelaki ini...hanya tuhan sahaja yg tahu betapa sakitnya ati aku sekarang..sekarang ni ati aku sudah tawar untuk menerima insan yg bernama lelaki ni...biarlah aku hidup seorang diri..aku hanya mintak supaya aku hidup dengan tenang dan aman sahaja..dan aku cuma mahu gembira sedikit dari sediakala...dan mulai sekarang aku x kan cari cinta lagi...biarlah cinta itu datang sendiri...aku percaya pada qada dan qadar..aku juga percaya pada kuasa Allah SWT...hanya Allah SWT sahaja tahu siapa jodoh aku dan yg layak utk menjadi suamiku kelak...InsyaAllah......amin...
bnde kat ats nie,aku amik dri mespes kawan aku(ct salwa)....

mak aih..ape yg korang ase dri bnde di ats?..aku dpt ase api kemarahan nyer...
satu jer nasihat aku...kepada laki yg buat cmnie kat kawan aku nie(CT Salwa),aku nak igtkan yg korang telah memainkan hati dan perasaan seoarng wanita yg ikhlas..Jangan igt korang bleyh bhgie ngan buat org cmnie..

cinta dan sayang adalah satu bnde yg indah dan suci,jgnlah main2kan bnde nie..

PERASAAN AKU TENTANG KAMU!!!

Aku sayang padamu!!!
Aku cinta padamu!!!
Aku rindu padamu!!!

tapi.......

Kau sayang aku ker?
Kau cinta aku ker?
Kau rindu aku ker?

Selamat Hari Raya!!!!!

Gyler lame aku tak usik blog nie...mak aih,habuk bkan main byk kat cnie..tikus pon dh beranak pinak dlm nie..sje jer nk kemas2 ckit..yelah dh nme pon Hari Raye kan..mstilah ade owg nak dtg beraye kan?adohai...takkan nak biar berhabuk cmnie...nk kne tukar langsir,tukar pintu, dan cat baru..mmg pnat sungguh..heheheh..Walaupun pnat tpi aku rajinkan dri untuk menaip dan mngarut..hahahaha..aku pon tak thu motif aku start memblog balik..tpi aku mmg nk start balik..WHAI PEMBACA YG SEDANG MEMBACE BNDE NIE,DOAKAN AKU SUPAYA AKU TRUS RAJIN MEMBLOG KAYH...memerlukan sokongan kmu sume sangat2!!!!

Jumaat, 16 Mei 2008

Siapa pencuri??

BISKUT

Sebuah kisah di tempat menunggu pesawat terbang. Seorang wanita sedang menunggu waktu penerbangannya. Sementara menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu sambil membaca buku cerita.

Sedang makan, dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut diambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah tak malunya lelaki ni... dahlah tak mintak, makan sama banyak dengan aku pulak tu.. Pencuri!!" rungut hatinya. Dalam pada itu, lelaki tersebut dengan muka tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu.

Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki tersebut. Sambil tersenyum, lelaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun masih tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. Sambil merampas dengan rakus, dia menunjukkan mukanya yang masam mencuka seraya berbisik dalam hati, "Berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Pencuri besar!!".

Keduanya terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita tersebut sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari kejadian ngeri, wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila sampai di tempat duduknya, dia membuka beg kecilnya untuk mengambil sesuatu.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. "Jika biskut ni ada dalam beg aku, jadi bermakna biskut yang aku makan tadi....adalah kepunyaan lelaki itu. Betapa malunya dia di atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki tersebut telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun, hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini, wanita itu menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar....

Mimpi??

Mimpi adalah mainan tidur, begitulah yang diungkapkan orang sesiapa sahaja apabila kita menceritakan mimpi kita kepada orang lain, bukan begitu.Ada juga yang mengatakan mimpi merupakan pancaran fikiran sewaktu tidur dan juga mimpi yang boleh dipercayai.

Bagaimanapun harus diingat bahawa keadaan psikologi turut dapat mempengaruhi mimpi.Selain itu kedudukan sewaktu tidur- mengiring, menelentang atau meniarap juga menggoda fikiran untuk melahirkan mimpi yang seronok atau sebaliknya.

Kerosakan jantung

Individu yang kerap mimpikan hantu, gergasi atau makhluk yang menakutkan seperti benda-benda panas seperti api, bara, asap atau cahaya membayangkan seseorang mengidap sakit jantung. Sementara itu bermimpikan suasana terang, lautan, laluan yang sukar atau perjalanan pula menunjukkan fungsi jantung kurang konsisten.

Kerosakan buah pinggang

Jika mimpi mengalami kepenatan, bermakna anda akan berhadapan dengan masalah sakit buah pinggang. Begitu juga jika seseorang itu mengalami mimpi berenang dan lemas.

Kerosakan pundi hempedu

Bermimpi melihat persembahan nyanyian, keramaian, muzik melambangkan hempedu gagal berfungsi dengan baik. Bagaimanapun jika anda mimpi dalam bahaya seperti berdepan dengan pertempuran, kemungkinan ia petanda hempedu tidak berfungsi dengan cukup baik.

Kerosakan hati

Individu yang bermimpi hutan tebal, gunung yang curam serta pokok-pokok menandakan hati tidak dapat berfungsi dengan baik. Sementara itu mimpi rumput, padang dan semak-samun pula kemungkinan menjelaskan hati telah rosak.

Kerosakan paru-paru

Mimpi bergaduh, terlibat dalam peperangan, pertempuran atau melihat senjata membayangkan paru-paru tidak berfungsi dengan cukup baik.Bagaimanapun anda yang mimpikan anak sungai atau mendengar deruan air terjun menandakan serangan anemia (kurang darah).Manakala mimpi tentang pembunuhan, tali gantung atau dicekik pula dikaitkan dengan asma (lelah).Sekiranya anda mimpikan bahagian wajah seseorang, ia melambangkan masa depan yang buruk. Tetapi jika wajah yang dimimpikan belum pernah ditemui, anda mungkin akan berpindah tempat tinggal ataupun mendapat peluang pekerjaan.

Hidung

Mimpikan hidung berdarah adalah petanda perniagaan akan musnah. Selain itu ia juga menunjukkan berlaku pelbagai masalah dalam keluarga. Seseorang juga digalak menangguhkan sebarang perjalanan jauh jika terlalu kerap mimpikan hidung berdarah, bagi mengelakkan aral yang datang.

Mata

Jika mimpi anda berkaitan dengan mata ia merupakan salah satu petanda baik. Apatah lagi apabila anda bermimpi sepasang mata orang yang tidak dikenali sedang mengintai anda. Tetapi jika mimpikan mata sendiri, berhati-hatilah dengan segala tindakan yang dilakukan kerana seseorang sedang berusaha untuk menjatuhkan anda.

Jari

Jika jari terluka, ini bermakna anda akan bertelagah dan bakal menghadapi masalah besar dengan rakan sekerja, pasangan atau ahli keluarga.

Kaki

Lain pula mimpi membasuh kaki. Keadaan itu menunjukkan anda akan diganggu dan bakal berhadapan dengan masalah.

112-113

Terdapat banyak hal yang berkait dengan mimpi sukar dibuktikan dan dijelaskan secara saintifik.Memang tidak dinafikan bahawa sesuatu yang dialami dalam mimpi memang merupakan perlakuan misteri yang sukar dijelaskan.Cuma yang dapat dibuktikan daripada kajian ialah setiap orang mengalami pelbagai bentuk mimpi.Ada yang indah,seronok,ngeri,takut ataupun gembira.Ada juga yang lebih teruk akan mengigau ataupun bangun berjalan ke sana ke mari tanpa sedar.

Mimpi adalah sesuatu yang unik.Banyak kajian dilakukan bagi mencari jawapan bagaimana sesuatu mimpi itu berlaku.Namun sehingga kini tiada siapa tahu apakah yang mendorong seseorang itu mendapat mimpi.

Biasanya cerita gembira atau angan-angan pada waktu siang akan terbawa-bawa hingga ke malam.Dan sewaktu tidur ,ia muncul sebagai mimpi.Bagaimana pun ada mimpi berbentuk fantasi seperti mimpikan zaman kanak-kanak,mimpi menjadi angkasawan atau berada di dunia lain.

Terdapat juga masyarakat yang amat mempercayai mimpi sehingga mendorong mereka mentafsirkannya dengan pelbagai andaian.

Mimpi gigi tercabut

Mimpi gigi tercabut ketika tidur membawa maksud bahawa ada orang atau saudara yang terdekat dengan kita akan meninggal dunia

Mimpi melihat ular

Mimpi berjumpa atau bertemu dengan ular membawa maksud bahawa kita akan bertemu jodoh dengan pasangan yang sesuai.

Yang jelas sehingga kini tiada saintis yang dapat memberikan jawapan- adakah mimpi itu suatu realiti ataupun fantasi?