CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 16 Mei 2008

Siapa pencuri??

BISKUT

Sebuah kisah di tempat menunggu pesawat terbang. Seorang wanita sedang menunggu waktu penerbangannya. Sementara menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu sambil membaca buku cerita.

Sedang makan, dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut diambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah tak malunya lelaki ni... dahlah tak mintak, makan sama banyak dengan aku pulak tu.. Pencuri!!" rungut hatinya. Dalam pada itu, lelaki tersebut dengan muka tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu.

Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki tersebut. Sambil tersenyum, lelaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun masih tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. Sambil merampas dengan rakus, dia menunjukkan mukanya yang masam mencuka seraya berbisik dalam hati, "Berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Pencuri besar!!".

Keduanya terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita tersebut sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari kejadian ngeri, wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila sampai di tempat duduknya, dia membuka beg kecilnya untuk mengambil sesuatu.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. "Jika biskut ni ada dalam beg aku, jadi bermakna biskut yang aku makan tadi....adalah kepunyaan lelaki itu. Betapa malunya dia di atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki tersebut telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun, hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini, wanita itu menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar....

Mimpi??

Mimpi adalah mainan tidur, begitulah yang diungkapkan orang sesiapa sahaja apabila kita menceritakan mimpi kita kepada orang lain, bukan begitu.Ada juga yang mengatakan mimpi merupakan pancaran fikiran sewaktu tidur dan juga mimpi yang boleh dipercayai.

Bagaimanapun harus diingat bahawa keadaan psikologi turut dapat mempengaruhi mimpi.Selain itu kedudukan sewaktu tidur- mengiring, menelentang atau meniarap juga menggoda fikiran untuk melahirkan mimpi yang seronok atau sebaliknya.

Kerosakan jantung

Individu yang kerap mimpikan hantu, gergasi atau makhluk yang menakutkan seperti benda-benda panas seperti api, bara, asap atau cahaya membayangkan seseorang mengidap sakit jantung. Sementara itu bermimpikan suasana terang, lautan, laluan yang sukar atau perjalanan pula menunjukkan fungsi jantung kurang konsisten.

Kerosakan buah pinggang

Jika mimpi mengalami kepenatan, bermakna anda akan berhadapan dengan masalah sakit buah pinggang. Begitu juga jika seseorang itu mengalami mimpi berenang dan lemas.

Kerosakan pundi hempedu

Bermimpi melihat persembahan nyanyian, keramaian, muzik melambangkan hempedu gagal berfungsi dengan baik. Bagaimanapun jika anda mimpi dalam bahaya seperti berdepan dengan pertempuran, kemungkinan ia petanda hempedu tidak berfungsi dengan cukup baik.

Kerosakan hati

Individu yang bermimpi hutan tebal, gunung yang curam serta pokok-pokok menandakan hati tidak dapat berfungsi dengan baik. Sementara itu mimpi rumput, padang dan semak-samun pula kemungkinan menjelaskan hati telah rosak.

Kerosakan paru-paru

Mimpi bergaduh, terlibat dalam peperangan, pertempuran atau melihat senjata membayangkan paru-paru tidak berfungsi dengan cukup baik.Bagaimanapun anda yang mimpikan anak sungai atau mendengar deruan air terjun menandakan serangan anemia (kurang darah).Manakala mimpi tentang pembunuhan, tali gantung atau dicekik pula dikaitkan dengan asma (lelah).Sekiranya anda mimpikan bahagian wajah seseorang, ia melambangkan masa depan yang buruk. Tetapi jika wajah yang dimimpikan belum pernah ditemui, anda mungkin akan berpindah tempat tinggal ataupun mendapat peluang pekerjaan.

Hidung

Mimpikan hidung berdarah adalah petanda perniagaan akan musnah. Selain itu ia juga menunjukkan berlaku pelbagai masalah dalam keluarga. Seseorang juga digalak menangguhkan sebarang perjalanan jauh jika terlalu kerap mimpikan hidung berdarah, bagi mengelakkan aral yang datang.

Mata

Jika mimpi anda berkaitan dengan mata ia merupakan salah satu petanda baik. Apatah lagi apabila anda bermimpi sepasang mata orang yang tidak dikenali sedang mengintai anda. Tetapi jika mimpikan mata sendiri, berhati-hatilah dengan segala tindakan yang dilakukan kerana seseorang sedang berusaha untuk menjatuhkan anda.

Jari

Jika jari terluka, ini bermakna anda akan bertelagah dan bakal menghadapi masalah besar dengan rakan sekerja, pasangan atau ahli keluarga.

Kaki

Lain pula mimpi membasuh kaki. Keadaan itu menunjukkan anda akan diganggu dan bakal berhadapan dengan masalah.

112-113

Terdapat banyak hal yang berkait dengan mimpi sukar dibuktikan dan dijelaskan secara saintifik.Memang tidak dinafikan bahawa sesuatu yang dialami dalam mimpi memang merupakan perlakuan misteri yang sukar dijelaskan.Cuma yang dapat dibuktikan daripada kajian ialah setiap orang mengalami pelbagai bentuk mimpi.Ada yang indah,seronok,ngeri,takut ataupun gembira.Ada juga yang lebih teruk akan mengigau ataupun bangun berjalan ke sana ke mari tanpa sedar.

Mimpi adalah sesuatu yang unik.Banyak kajian dilakukan bagi mencari jawapan bagaimana sesuatu mimpi itu berlaku.Namun sehingga kini tiada siapa tahu apakah yang mendorong seseorang itu mendapat mimpi.

Biasanya cerita gembira atau angan-angan pada waktu siang akan terbawa-bawa hingga ke malam.Dan sewaktu tidur ,ia muncul sebagai mimpi.Bagaimana pun ada mimpi berbentuk fantasi seperti mimpikan zaman kanak-kanak,mimpi menjadi angkasawan atau berada di dunia lain.

Terdapat juga masyarakat yang amat mempercayai mimpi sehingga mendorong mereka mentafsirkannya dengan pelbagai andaian.

Mimpi gigi tercabut

Mimpi gigi tercabut ketika tidur membawa maksud bahawa ada orang atau saudara yang terdekat dengan kita akan meninggal dunia

Mimpi melihat ular

Mimpi berjumpa atau bertemu dengan ular membawa maksud bahawa kita akan bertemu jodoh dengan pasangan yang sesuai.

Yang jelas sehingga kini tiada saintis yang dapat memberikan jawapan- adakah mimpi itu suatu realiti ataupun fantasi?

Jumaat, 2 Mei 2008

Jiwa,Hati,Perasaan

Aku menyelami jiwa dan menemui perasaan,
lalu ku tanyakan soalan berkaitan cinta..
jawapan yang diberikan adalah,
tanyalah sama hati,
lalu ku tanya hati,
dan hati hanya menunding jari ke arah perasaan semula..

Pkirkan!!!

kalu tgh makan nasi,jangan bercakap
kerana dikhuatiri anda akan tercekik
jadi prepare segelas cawan yang berisi air di sebelah kamu ketika makan

adakah kamu dapat mesej ini??

WAH!! Semakin Hari,Semakin Meningkat Maju

Kemajuan Dunia
Dulu,nak nampak kete ferrari,bmw susah nak mampos
Sekarang,bersepah2 atas jalan

Dulu orang start pakai handphone biler dah keje
Sekarang,budak darjah satu pon dah ade N70

Dulu bangsa ku sukar untuk menjadi doktor
Sekarang,bangsa ku bukan setakat doktor biasa,doktor pakar pon ade

Dulu budak2 mula belajar menghisap rokok pada umur 18 tahun
Sekarang,budak darjah enam pon dah layan ganja

Dulu,budak-budak hanya setakat membaca majalah lucah
sekarang,takat VCD lucah tu apa benda lah sangat

Dulu,nak main pelok2 kat tempat awam,malu
Sekarang,bukan setakat pelok,beromen pon boleh

Dulu,guru rotan pelajar
sekarang,pelajar bunuh guru

Dulu,mana ada kes porno2 berleluasa
sekarang,bkan takat citer porno,porn star pun ade.

Dulu,penah dengar citer pelajar kita jadi popular kat luar negara
Sekarang,hmm,tengok lah Sufiah,Hebat tak hebat

Dulu ade artis maen bukak2 baju time bwat show
sekarang,kalo boleh sume dia nak tanggal

Aku Happy,Aku Happy,Aku Happy

kebodohon aku terserlah
kerana aku baru mendaftarkan diri dengan FRIENDSTER
dan apa yang buat aku rasa bodoh
kerana
aku dpat jumpa ngan
member2 NS aku
kepada BUDAK2 PLKN KEM PUNCAK PERMAI/KUMPULAN SATU/SIRI EMPAT 2007
Aku gumbira dan bersyukur kerana dapat berjumpa kamu semua kembali

LUV kamoo semua..EXPECIALLY kepada Nur Farhanah Budak Delta

MASSCOMM UiTM Melaka

kenapa aku memilih tajuk ini,
oh,sebab petang ini aku nak balik UiTM kot
But,who cares...

ape aku nak cerita pasal universiti??
mesti itu adalah antara persoalan yang sedang berlari-lari dalam kepala hotak korang kan
Sebenarnya banyak benda yang boleh aku ceritakan kalau topic "Universiti" ini dipilih
antaranya;
"cultural shock" or "cultural lag"
"KOMED?apa benda itu?"
"Minggu Mesra Siswa is just a fucking shit program"
"Diskriminasi Part One"
"Engkau nie kawan or lawan"
"Politik manusia2 yang berakal singkat(MPP)"
"MASSCOMM?Isk2,budaknyer semua teruk2"


Walaupun pada dasar kerajaan malaysia,manusia2 yang ditempatkan di IPT dan IPTA adalah mereka yang berilmu,berakal dan bertaqwa..Tapi kalau korang dah masuk sendiri ke IPT or IPTA,korang tengok lah sendiri..Ramai yang berilmu or ramai yang sakit otak,ramai yang berakal atau ramai yang dah hilang akal dan ramai yang bertaqwa or ramai yang macam setan..
Dari student,lecturer sampailah ke pak guard and mak guard semuanya ada sandiwara tersendiri.Dengan egoisnyer,kebodohan dan semua yang teruk-teruklah..


ok back to da main topic,topic yang akan di bahaskan pada hari yang mulia nie ialah,perihal lecturer-lecturer di UiTM aku..
Diorang nie mmg !%$#*..
Mana tidaknya..
sebut pasal MASSCOMM jer,diorang ckp jahat
time nak bagi bad example jer,gune MASSCOMM
sume benda jahat jer MASSCOM
yang teruk2 jer MASSCOMM
Fuck lah sial diorang,Buat aku sakit mental
Dah mmg dasar melayu senteng
Kalo budak-budak MASSCOMM buat salah sikit jer..
Abis kecoh satu UiTM...
MASSCOMM itulah,MASSCOMM inilah,semuanyer MASSCOMM
Ape citer nie?
Aku tension lah siot...
Kalo perangai lecturer pun dah camnie
Cube bayangkan perangai anak didik pulak
Bak kata peribahasa"Cikgu kencing berdiri,Anak Murid kencing berlari"
Adoi,adoi,adoooooooooooiiiiiiiiiii............
Boleh tak sape2
tolong tutupkan mulut2 lecturer yang berbau dengan penuh kebencian tu
tolong hentikan pemikiran2 kolot lecturer2 nie
tolong lah,tolong lah aku..
sebab nanti yang malu,diri sendiri gak
Yang aku peliknyer,yang mengutuk MASSCOMM nie sume lecturer yang baik2(baik ker?)
Pasal Budak-budak MASSCOMM nie pg clubbing pon bleh dijadikan hal..
Ape kews?
Lecturer MASSCOMM tak bising pon kat ktorang..
Korang plak lebeyh2
Apahal??
Cmonlah you are a lecturer,be an open minded person kayh
please..change ur impression about MASSCOMM

ntahlah aku pon dah pening
sampai blank otak aku
dah x taw nak mencarut ape lagi ntah
so sebelum otak aku KEBABOMM!!
aku nak mntak emergency leave lor
BUBYE!!

Bahtera persoalan ku,ku layarkan di lautan jawapan...

Semua orang mampu membeli jam tangan yg berharga sehingga beribu-ribu ringgit..
Tetapi bukan semua orang dapat menepati masa dan menghargai waktu yang ada..

Pernah aku terdengar,
Janganlah kau jadi seperti mat jenin,
bnyak sgt berangan sehingga tergadai tanah dan kampung,
Tapi aku nak jadi seperti mat jenin,
kerana bila aku berangan barulah aku ada matlamat

Imaginasi Hidup

Aku bisa berimaginasi
berimaginasi memiliki cinta agung
berimaginasi mempunyai kehidupan abadi
berimaginasi mengapai awan di langit
berimaginasi melayang ke langit ketujuh
berimaginasi merasai kenikmatan syurga
berimaginasi melihat aku terus berimaginasi tentang kehidupan ini

Tetapi..
adakah aku hanya mampu berimaginasi...

Pantun untuk Aku

Tekan Control A untuk select all,
Sebelum nombor dua mestilah nombor satu,
Jangan ingat aku xleh jdi cam u all,
Bagi aku masa,ko tgk aku jdi no Satu,


Kring,kring,kring bunyik telepon,
Vrom,vrom,vrom bunyik kete bapak kau,
Sebenarnye aku tak kesah pon,
kalau blog aku tak sehebat blog kau.

owh rumit juga lupenyer...

"adoi"...perkataan yg asyik terpacul keluar dari mulut aku...I never thought that to be a blogger you need to do a lot of revision..wtf!!!...aku sebenarnya telah berpusing2 di sekitar blog-blog yg ade di dunia nie..Mcm2 stail...dan sumenyer mmg best..bak kata iklan dulu2,"sekali cuba pasti nak lagi"..Baca pnyer baca,tak pasal2 aku merasakan blog aku nie seakan-akan sampah..diulangi semula "SAMPAH!!"..bapak teruk blog aku nie..But who cares,seteruk-teruk blog aku nie pon,at least i got my own blog..Tapi aku taw,bloggers2 yg sekarang nie sudah dikenali ramai psti bermula dri bawah rite?So,the conclusion is,diorang pun dlu SAMPAH gak mcm aku..Entahlah aku pun dah pening dah..Tapi takpe..Ameen!!i know you can do it!! i know you can be like them!! (Muhasabah diri sendiri lor)...dah lah..aku nak tidor lah,bsok nak kne bngun pkul 5 pagi(Mak aih!!skrg nie dh pkul 3.47 pagi)...smoge besok bila aku bangun pagi,aku dpt byk idea fresh utk dipost di cnie..Huh,ape2 ajelah..

Khamis, 1 Mei 2008

Fadhilat Membaca Surah Yaasiin.

Hurm..Taw2 jer dah Hari Khamis..Seperti biase lah,rutin harian aku selepas Solat Maghrib pada setiap khamis malam jumaat adalah aku akan membaca Surah Yaasin.

Aku dah diajar sejak aku Tadika lagi untuk membaca Surah Yaasin pada tiap hari khamis malam jumaat..Aku tak pernah tnya mak aku mahupun ayahku,kenapa time Hari Khamis jer kne baca Yaasin..Aku pun dah jadi biasa dengan rutin malam khamis nie..So di sini aku nk bgtaw kat korang lah

Fadhilat Membaca Surah Yaasiin.

Daripada Ma'qal bin Yassar r.a berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda:Hati Al-Quran ialah Surah Yaasiin;tidaklah dibaca akan dia oleh seseorang yang semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan hari akhirat melainkan diampunkan oleh Allah segala dosanya; dan bacalah Surah Yaasiin kepada orang yang hampir akan meninggal dunia dan setelah seseorang itu meninggal dunia.

Hantu Seram(siri dua)


Gambar di atas adalah Gambar Hantu Cobang yg ditangkap di sekitar Damansara Utama
Hantu ini didapati menumpang Lori Sampah untuk ke destinasi mangsa yg seterusnya

di bawah adalah dialog yg berlaku antara aku dan kawanku..Beliau amat ingin sangat mengetahui perihal Hantu Kopek a.k.a Hantu "Buah Dada"(gyler sopan)

Miss M
: hantu kopek a.k.a hantu 'buah dada'(descent sket ok)
Miss M: die main sorok2 org
ameen Zomby: wah!!
Miss M: so konklusi jgn main sorok2
Miss M: nnt kene sorok

Tetapi amatlah malang kerana Hantu Kopek a.k.a Hantu"Buah Dada" ini sebenarnya telah pg ke London kerana beliau telah dilantik menjadi Duta kepada kempen 'Membasmi Kanser Payudara'..Tpi oleh kerana tidak mahu membuat kawan aku itu kecewa..Aku telah pg mencari Hantu yg ade hubungan dgn Hantu Kopek tersebut..

HANTU COBANG(HANTU COLI+TERBANG)
AuWW(bunyik anjing meng"aUu")..Hantu Cobang nie asalnya adalah adik kepada Hantu Kopek..Beliau amatlah gemar pergi dari satu rumah ke satu rumah..Apabila beliau singgah di satu rumah,dn bini or ank pompuan kpd tuan rumah dengan tidak sengaja memakai coli ini maka beliau akan dirasuk secara automatically without warning..Orang yg dirasuk ini akan mengalami sindrom colichoholic..Iaitu membeli coli dlm kuantiti yg melampau..

P/S:Kepada manusia-manusia yg tidak menggunakan coli anda tidak perlu risau..Ia tidak akan mencari anda..Teruskan lah bermimpi di malam hari..

Hantu Seram(siri satu)


Hantu POTERI
(gambar yg sempat ditangkap oleh photographer handal(MR AMEEN)


Aduih..Jam sudah menunjukkan pkul 2 pagi..Idea supaya mengepost citer hantu oleh kawan aku yang bernama mira@miro terlintas di fikiranku..Aku pun bercadang untuk mengejutkan nenek aku yg ngah syiok tidor bg memberi info tentang hantu2 yg beliau tahu(nenek aku ade sixth sense taw)..huhuhu..dipendekkan cerita..Nenek aku mngenalkan aku ngan hantu poteri(pocong+ bateri)


Hantu Poteri
Hehehe..Hantu Poteri nie wujud ekoran pembuangan bateri2 yang sudah mati atau yg sudah tidak berguna lagi.Tepat pada pukul 1.59 pagi..Hantu-hantu Poteri ini akan bangkit dan pg mencari rakan2nya.Selepas itu mereka sume akan pg ke rumah-rumah berdekatan dan akan mengacau umat manusia dengan merosakkan barang-barang yg menggunakan bateri..Hantu ini juga dikatakan gemar melemahkan bateri2 baru..
P/S:Kalau nmpak hantu nie,cpat2 ar lari..Ia bleh membunuh